Tryin to upgrade myself to be a better practising muslim insha ALlah.i used to work as an assistant manager(Virgo music) and music buyer(Tower Records), used to bang the skins of the drums (This Is Your Enemy:grindcore unit), Sorethroat for (Incubated Worms:Industrial Metal), defunct distro (grindmalaya distro), absorbed in music(almost all types of music), collect figurines, heavy music t-shirts, cd's magazines etc.. alhamduliLlah, finally found my path in Islam.
Interests
Islam, Sanad, Traditional Scholars and their endless kitabs especially the Nusantaras Uelamas
Favorite Music
Qasidah and any Traditional Islam music, Malay folk music and dikir barat
Favorite Movies
Ive watched almost all the DDL movies. into Samurai/ Ninja movies. some humanity movies by foreign eg.from Iran, Euro countries.. Documentaries..
Favorite Books
anything knowledgeable,Books n Kitabs by Traditional Islam scholars
Favorite Quote
Modern in perspective of Islam, not modernizing Islam
, Majlid Haul Qutb al-Da’wah wa al-Irsyad al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddadرضي الله عنه 5 Safar 1044 – 7 Zulqaedah 1132
Majlis Kemuncak Haul Qutb al-Da’wah wa al-Irsyad al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad رضي الله عنه untuk tahun 1429H/2008M akan diadakan sepertimana berikut:
Tarikh: 2 Dhulqaedah 1429/ 31 Oktober 2008 (Jum’at) Masa: 6.00 petang – 10.30 malam Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor
Tarikh: 3 Dhulqaedah 1429/ 1 November 2008 (Sabtu) Masa: 5.30 petang – 10.00 malam Lokasi: Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang
Tarikh: 4 Dhulqaedah 1429/ 2 November 2008 (Ahad) Masa: 6.00 petang – 10.30 malam Lokasi: Masjid al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
Jemputan Khas - Al-‘Alim al-‘Allamah Al-Habib Salim bin Abdullah asy-Syatiri - Ustaz Najib Thoha as-Seggaf - Al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri - Al-Habib Taufiq bin Abdul Qadir as-Seggaf
Dan sila sebarkan maklumat ini kepada rakan anda. Semoga majlis yang penuh berkat ini akan dapat dikongsikan bersama.
Semua Muslimin dan Muslimat Di jemput Hadir
Semoga dengan kehadiran kita ke majlis haul Qutb al-Da’wah wa al-Irsyad al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad رضي الله عنه, kita beroleh keberkatan didalam agama, dunia dan akhirat. InsyaALLAH
Biografi Ringkas Qutb al-Da’wah wa al-Irsyad al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad dan para jemputan khas
Al-Habib Salim bin Abdullah asy-Syatiri. Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri dilahirkan di Kota Tarim, Hadhramaut pada tahun 1359H. Ayahanda beliau, Habib 'Abdullah adalah pendiri Rubath Tarim yang telah melahirkan ribuan ulama dan santri dari segenap pelosok dunia Islam. Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang sholih. Bonda Habib Salim, Syarifah Ruqayyah binti Muhammad bin Hasan Mawla Aidid, adalah seorang wanita yang sholehah yang gemar beruzlah untuk beribadah kepada Allah.
Tatkala berusia 3 tahun, Habib Salim menjadi yatim dengan pemergian ayahanda beliau ke rahmatUllah. Namun asuhan dan didikan agamanya tidak pernah terabai, belum pun genap umurnya 11 tahun beliau sudah hafal al-Quran. Beliau telah menimba berbagai ilmu pengetahuan dari sekitar 80 orang ulama-ulama besar Hadhramaut dan Haramain, antara guru beliau adalah:-
* Habib Muhammad al-Mahdi; * Habib Abu Bakar; * Habib Hasan bin 'Abdullah asy-Syathiri; * Habib 'Alwi bin Syihabuddin; * Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus; * Habib 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki al-Hasani; * Syaikh Hasan bin Muhammad Masyath; * Syaikh 'Abdullah Sa`id al-Lahji asy-Syafi`i; * Habib Hasan bin Muhammad Fad`aq; * Syaikh Hasan bin Sa`id dan ramai lagi.
Sekembalinya beliau ke Yaman, beliau telah menggunakan masanya untuk berdakwah dan menyebar ilmu. Beliau pernah tinggal 15 tahun di Kota Aden dan menjadi guru dan khatib di Masjid Habib Abu Bakar al-'Adni bin 'Abdullah al-Aydrus. Pada tahun 1403, atas permintaan Habib Zain bin Ibrahim BinSmith dan Habib Muhammad al-Haddar, beliau bermukim di Kota Madinah dan mengasuh Rubath al-Jufri.
Telah banyak santri yang mengambil manfaat dari kedalaman ilmu beliau. Beliau dikenali memiliki keikhlasan yang tinggi, akhlak yang mulia serta sentiasa menjaga sunnah Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Dakwah dan menyebarkan ilmu tidak menghalang dirinya untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah khususiyyah seperti sholat-sholat sunnat. Setiap Ramadhan, beliau menambah sembahyang malamnya sehingga 100 rakaat setiap malam. Kini Habib Salim mengabdikan dirinya untuk mengasuh Rubath Tarim yang mempunyai sekitar 500 orang santri dari berbagai negara termasuklah Malaysia. Selain itu, beliau tetap melakukan rehlah dakwah ke berbagai pelosok dunia Islam. Mudah-mudahan Allah memberi kesihatan yang sempurna serta melanjutkan usia ulama yang digelar sebagai "Sulthanul 'Ilmi" ini demi manfaat agama dan umat. Allahumma aamiin